About Me

My photo
Serendah, Selangor, Malaysia
tiada yang lebih cantik dan indah selain dari ciptaan tuhan..nikmatilah keindahan itu dan janganlah di sia-siakan..

Panorama Tasik Buatan Manusia


Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.





Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.Selain daripada itu terdapat juga pelbagai jenis ikan yang boleh di pancing di sini diantaranya ikan kelah, ikan lampam, ikan jelawat, ikan baung dan pelbagai spesis ikan haruan dan ikan toman...


Arapaima Gigas

Ikan Kelah

Ikan Kelah

Ikan Jelawat

Ikan Haruan

Ikan Toman

Ikan Toman Bunga

Untuk maklumat mengenai lokasi pelan sila klik di sini
http://www.facebook.com/akuygkacak.wan14?success=1






prayingblackmantis / lone_traveller's