About Me

My photo
Serendah, Selangor, Malaysia
tiada yang lebih cantik dan indah selain dari ciptaan tuhan..nikmatilah keindahan itu dan janganlah di sia-siakan..

Thursday 16 June 2011

X-tream Traveller's: MUKADIMAH

X-tream Traveller's: MUKADIMAH: "Assalammualaikum..salam satu Malaysia X-tream Traveller adalah satu blog yang dibuat khas oleh saya untuk memperkenalkan dan menceritak..."

MUKADIMAH

Assalammualaikum..salam satu Malaysia

X-tream Traveller adalah satu blog yang dibuat khas oleh saya untuk memperkenalkan dan menceritakan pengalaman saya berada di kawasan-kawasan dan lokasi-lokasi peranginan yang pernah saya lawati selama ini.Blog ini menceritakan serba sedikit mengenai pemerhatian saya dan pengalaman saya berada di lokasi berkenaan.Disini saya dapat berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama seperti saya.



Menjelajah Ruang yang tak be-Ruang, melangkah setapak demi setapak dalam Jarak yang tiada ber-Jarak, Terbang Bebas dan Merdeka dalam kemerdekaan-NYA di Waktu yang tak ber-Waktu.

Melepaskan segala Ikatan yang membelenggu JIWA untuk masuk kedalam Jiwa Mutma’innah. JIWA-JIWA menjadi Satu JIWA, Satu Rasa, Satu Rahasia dengan Robbul ‘Aalamiiin.

JAGA dalam Tidur menggapai Insan Kamil Mukamil yang senantiasa ter-JAGA dalam keter-JAGA-anNYA di setiap Gerak dan Diam-NYA. Musnah segala Sekat dan Lenyap segala Hijab serta tersingkaplah Cadar yang menutupi.


Pengembaraan banyak mengajar kita erti kehidupan.Berada di tempat orang membuatkan hati kita tenang melihat keindahan yang tiada di tempat kita.Rezeki dan pengalaman yang berbeza memberikan kita suatu fikiran yang dapat membukakan hati yang telah sempit ditutupi kegelitaan.Mengembara bermaksud berhijrah maka berhijrah lah kita untuk melihat alam serta flora dan fauna ciptaan Yang Maha Kuasa.

X-tream traveller's / alonetraveller's.blogspot.com.my adalah beberapa rangkaian untuk kita berkongsi pengalaman dan cerita mengenai pengembaraan kita.Saya berharap pembaca sekalian berminat untuk berkongsi pendapat dan pengalaman yang telah rakan-rakan sekalian lalui....


sekian sahaja mukadimah dari saya..
prayingblackmantis_alonetraveller's


untuk keterangan lanjut boleh ke FB saya..klik disini http://www.facebook.com/akuygkacak.wan14