About Me

My photo
Serendah, Selangor, Malaysia
tiada yang lebih cantik dan indah selain dari ciptaan tuhan..nikmatilah keindahan itu dan janganlah di sia-siakan..

Air Terjun Serendah

Air Terjun Serendah



Serendah adalah sebuah pekan di Hulu Selangor yang sedang membangun.Masyarakat di sini masih lagi mengekalkan keindahan alam flora dan fauna yang menghijau.Air Terjun Serendah terletak di kawasan Hutan Simpan Selangor.Lokasi nya agak terpencil kerana perlu melalui beberapa kampung termasuklah kawasan kampung Orang Asli Serendah.


Perjalanan dari Bandar Rawang mengambil masa selama 15minit untuk tiba di Pekan Serendah.Disini anda dapat  membeli pelbagai barang termasuklah keperluan makanan.Kerana setibanya di kawasan perkelahan tiada gerai atau kedai di sana nanti.Hanya trdapat beberapa gerai makanan ringan sahaja di kawasan air terjun tersebut.


Sebelum tiba nya di lokasi perkelahan anda berpeluang menikmati keindahan dan melihat budaya perkampungan orang asli di situ.Pekampungan yang masih mengekalkan adat dan tradisi nenek moyang mereka.Tetapi di ingatkan keadaan jalan di sepanjang perkampungan orang asli tersebut agak sempit dan menyukarkan perjalanan apabila dua kenderaan berselisih walaupun keadaan jalan telah di turap namun masih menyukarkan bagi kenderaan besar melaluinya.Berhampiran kampung tersebut anda juga dapat melihat Pusat Serenti Serendah di seberang sungai yang berhadapan kampung terbabit.


Keindahan panorama Air Terjun Serendah tidak dapat di nafikan lagi setibanya anda di sana.Ini kerana kawasan tersebut masih mengekalkan flora dan fauna nya walaupun kawasan tersebit telah di naik taraf.Terdapat beberapa tingkat air terjun di sana.Tetapi air terjun di peringkat pertama adalah yang paling menyeronokkan kerana kawasan nya besar dan berkolam dan tidak berbatu.



Di peringkat yang ke-dua kawasan nya agak landai dan selamat untuk kanak-kanak bermandi manda kerana di kawasan tersebut kedalam air nya cetek berbanding di peringkat yang pertama.Di situ juga terdapat beberapa tapak untuk mendirikan khemah bagi pelancong yang gemarkan kan suasana perkelahan.Tapak perkhemahan adalah percuma.



Di peringkat yang ke-tiga pula kawasan air terjunnya agak berjeram dan berarus laju.Terdapat beberapa kawasan kolam di sana dan juga tapak untuk mendirikan khemah.Bagi pelancong yang gemarkan aktiviti memancing kawasan tersebut adalah lokasi terbaik keran terdapat beberapa jenis ikan yang terdapat di kolam berkenaan.Saya juga pernah mencuba nasib memancing di situ dan hasil tangkapan agak memuaskan.

Terdapat lagi beberapa segmen air terjun selain di ceritakan oleh saya sebelum ini.Namun kawasan nya agak terpencil dan anda perlu mendaki untuk tiba ke sana.Ini berikutan jalan untuk ke lokasi tersebut belum di turap dan menyukarkan bagi kenderaan 4roda melalui nya.Pendakian selama 10minit akan menemukan anda dengan satu kawasan air terjun yang agak luas dan berjeram.




Tetapi di ingatkan kepada pengunjung yang ingin kesana harus lah berhati-hati ketika sedang bermandi manda di sana keran sering berlaku air pasang besar berikutan kawasan terbabit sering mengalami hujan bukit yang membawa air besar ke bawah.

Apa-apa pun saya berpuas hati kesana dan pengalaman ini memang satu pengalaman yang tak dapat di lupakan bersama rakan-rakan apabila berkelah disana.Keindahan flora dan faunanya pasti memukau mata pengunjung-pengujung.Kejernihan air dan kawasan yang masih mengekalakan sumber alam semula jadi nya yang tersendiri.Rasailah pengalaman yang saya sudah rasakan ini kerana ia pasti memberikan anda pengalaman yang cukup bermakna.

Selamatkanlah Hutan Kita.....

Pelan menuju ke lokasi perkelahan Air Terjun Serendah...sila klik disini...


Untuk sebarang maklumat lokasi dan pertanyaan sila klik di sini :-


wassalam....
prayingblackmantis / alone_traveller's